SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

MATCH PREVIEW: WE CAME TO CONQUER


ALOR SETAR - Perlawanan ke-4 CIMB Liga Super 2020 pada malam ini bakal menyaksikan pasukan Selangor berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk bertemu juara bertahan Piala FA, Kedah sebelum kejohanan tersebut ditutup sementara demi mengelakkan penyerabran wabak COVID-19.

Perlawanan yang diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong ini merupakan perlawanan ke-3 skuad Red Giants bermain di venue away dalam 4 perlawanan terakhir. Sebelum ini pasukan Selangor telahpun berkunjung ke Kuantan untuk menentang pasukan Pahang, sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan ke-2 liga, selain menjadi pelawat di Kuala Terengganu pada pertengahan minggu lalu.

Pasukan Selangor yang masih lagi belum mengalami kekalahan sepanjang kempen musim ini, kini berada di kedudukan ke-4 liga selepas perlawanan minggu ke-3, dan berpeluang untuk naik ke kedudukan ke-2 liga jika mampu membawa pulang 3 mata penuh dari Kedah pada malam ini.

Pada pertembungan yang sama musim lalu, pasukan Selangor berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 di hadapan penyokong Kedah di Stadium Darul Aman. Manakala, dalam pertemuan terakhir Red Giants dengan pasukan Helang Merah di Stadium Shah Alam untuk saingan liga, Selangor berjaya menundukkan Kedah dengan jaringan 3-1.

Semoga pertemuan kedua pasukan pada malam ini bakal menjadi pertembungan yang menarik dan Selangor akan berjaya membawa pulang 3 mata penuh dari negeri Jelapang Padi dan mengekalkan rekod tanpa kalah.